Setelah lama berdiam diri berkaitan anak, pempengaruh sensasi, Cik Epal kembali menyorot perhatian ramai apabila mendakwa bekas suaminya, Jofliam menghalang dirinya untuk bertemu dengan anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Dedah Klien Sanggup Bayar Harga ‘Review’ RM100,000 – ‘Sesuai Dengan Hasil Saya Berikan, Dapat Pulangan 5 Kali Ganda’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik Epal Terharu Kawan Baik Beri Hadiah Beg Tangan Jenama Mewah – ‘Anas Dari Dulu Pemurah’
Jo block Cik Epal
Menerusi hantaran di Instagram, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud mendakwa dia sudah lama tidak bertemu dengan anak-anaknya, Han dan Yuki.
Dakwanya, dia terpaksa menggunakan media sosial susulan disekat oleh bekas suaminya, Jofliam di aplikasi WhatsApp.
Aku terpaksa guna media sosial sebab dia dah sekat aku di WhatsApp.
Sudah berbulan aku tak jumpa Han dan Yuki. Dia pisahkan anak-anak dengan ibu kandung boleh pula?
Sekarang pulangkan Han dan Yuki dekat aku. Jangan buat harta macam Han dan Yuki hak kau seorang.
Dakwa Cik Epal, sebelum ini, pemilik nama Jofli Abu Bakar tidak membenarkannya untuk menjaga Han dan Yuki susulan tidak mempunyai rumah yang tetap.
Tiba giliran untuk jaga
Bagaimanapun, selepas rumah telah siap diubah suai, Cik Epal mendakwa Jofliam masih tidak membenarkannya untuk mengambil Han dan Yuki walaupun telah tiba gilirannya untuk menjaga mereka.
Dulu tak nak bagi Han&Yuki dekat aku sebab aku berpindah randah (duduk) airbNb. Aku duduk airbNb pun sebab rumah aku tengah renovate.
Sekarang rumah aku sudah siap. Boleh dah bagi Han&Yuki dekat aku pula. Aku dah siap bawak polis datang rumah dah.
Sebelum ini, tular di media sosial kisah persengketaan Cik Epal dan Jofliam yang dilihat tidak berkesudahan.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Pun begitu, pasangan tersebut memilih untuk berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama.
Sumber: Instagram