Personaliti media sosial terkenal, Cik Epal meluahkan rasa terharu apabila menerima hadiah berupa beg tangan mewah daripada rakan baiknya, Anas Zahrin, yang juga seorang usahawan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mahu Semuanya Selesai Dengan Cara Yang Baik’ – Cik Epal
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ojen Aiwahhh Tidak Tunggang Kontroversi Cik Epal – ‘Sebagai Sahabat, Saya Tak Mahu Hanya Muncul Pada Waktu Senang’
‘Nah, selamat membujang’
View this post on Instagram
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Cik Epal atau nama lengkapnya Murni Mahmud memuji kebaikan sahabatnya yang sudah dikenali sejak 14 tahun lalu.
Aku kenal Anas dah lama, lagi lama dari usia perkahwinan aku. Jadi, dah 14 tahun kenal dia.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi bahawa Anas juga mengetahui tentang insiden beg tangan mewahnya yang pernah digunakan oleh seorang wanita, yang dikaitkan sebagai orang ketiga dalam keretakan rumah tangganya bersama bekas suami, Jofliam.
Dia tahu je beg tangan aku beli dulu ada yang hamak, dia kata ‘tak apa, nanti Anas gantikan dengan beg tangan yang lain’. Lepas tu terus dia bagi.
Cik Epal turut memuji sifat pemurah Anas yang menurutnya telah menjadi sebahagian daripada keperibadiannya sejak dahulu lagi.
Anas ni memang dari dulu pemurah orangnya. Kalau aku keluar dengan dia, duit aku tak lalu.
Korang doakan Anas sihat selalu, makin murah rezeki dan dilindungi Allah SWT.
Sumber: Instagram Cik Epal