berita

[VIDEO] Cium Baju Ramai Lelaki Sebab Nak Cari Suami, Challenge Terbaru Ini Undang Kecaman

December 31st, 2020 | by Zulaikha
Video Popular

Tidak dinafikan akhir-akhir ini, pelbagai trend dan challenge muncul dan menjadi ikutan wargenet di aplikasi media sosial. Lazimnya, video-video tersebut akan dikongsi menerusi laman TikTok yang kini menjadi pilihan mereka.

Menerusi satu video perkongsian pengguna dikenali sebagai Puspawangirauza ,di platfom tersebut, memaparkan satu challange yang agak ‘pelik’ dan jauh daripada kebiasaan yang kita selalu tengok.

Permainan cuba cari

Walau mataku ditutup..baumu tetap menusuk dihidungku.

Menerusi video TikTok yang berdurasi kurang 25 saat itu, memaparkan seorang wanita yang ‘diuji’ supaya mencari suaminya sendiri dengan matanya ditutup. Dalam challenge tersebut, wanita itu, terpaksa ‘menghidu’ baju empat lelaki yang lain termasuk suaminya sendiri.

Namun, dia ketika itu berjaya menghidu dan mengecam bau suaminya sendiri. Setelah berjaya mengecam suaminya sendiri, penutup mata yang dipakainya terus ditanggalkan dan suaminya bertindak mencium di dahinya sebagai tanda penghargaan kerana berjaya dalam challenge itu.

Respon warganet

Video tersebut secara tidak langsung mengundang pelbagai respon daripada warganet. Ada yang beranggapan content seumpama itu tidak sesuai menjadi ikutan kerana tidak menjaga batas-batas sebagai seorang isteri. Tidak berakhir di situ, warganet turut mempersoalkan tindakan wanita itu yang ‘mencium’ lelaki lain di hapadan suaminya sendiri.

Perkongsian video itu telah meraih sebanyak 144.8k likes dan 2450 komen.

Sumber: Puspawangirauza Cempaka

SKIP THIS AD ×