Sejak kebelakangan ini, seringkali kita dengar tentang kes jenayah samun dan rompak yang kerap berlaku di negara Malaysia mahupun negara luar. Penjenayah ini sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk kaut keuntungan dengan cara yang mudah. Golongan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja merompak di tempat tertutup malah mereka semakin agresif sehingga berani merompak di tempat awam.
Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai satu video rompakan yang berlaku di sebuah farmasi di Utara Brazil. Apa yang lebih mengejutkan apabila perompak tersebut sempat mencium dahi seorang pelanggan warga emas sebelum mereka merompak premis itu.
Pelanggan serahkan wang
https://www.youtube.com/watch?v=hZczNiS9Li4
Menerusi Daily Mail, kejadian rompakan bersenjata itu berlaku apabila dua orang perompak memasuki premis berkenaan dan memaksa pekerja farmasi tersebut untuk menyerah wang kepada mereka.
Seorang pelanggan yang merupakan perempuan warga emas berada di premis berkenaan melihat kejadian tersebut. Lantaran itu, wanita berkenaan segera mengeluarkan sejumlah wang sebelum menawarkan kepada salah seorang suspek sementara seorang lagi suspek sedang memeras ugut pekerja farmasi berkenaan.
Cium dahi sebelum merompak
Menerusi rakaman video tersebut, salah seorang perompak dilihat sedang menenangkan wanita warga emas berkenaan dengan memberitahu bahawa mereka tidak memerlukan duitnya sebelum bertindak mencium dahi wanita itu.
Manakala seorang lagi perompak membuat pemeriksaan badan terhadap pekerja farmasi dengan meminta lelaki itu tunduk sambil tangannya diletakkan di atas kepala.
RM1, 000 dilarikan
Menurut pemilik farmasi, Samuel Almeida, yang dilaporkan India Times, kedua-dua perompak tersebut telah memeras ugut pekerjanya untuk menyerahkan kesemua wang yang dimiliki sebelum mereka bertindak lebih ganas. Perompak terbabit berjaya melarikan diri dengan wang bernilai USD$ 24 (RM 1,000) berserta beberapa barang lain.
Walau bagaimanapun, siasatan masih dibuat dan pihak polis sedang memburu perompak yang dipercayai tinggal di berdekatan kawasan itu.
Sumber: Daily Mail, India Times, Youtube