berita

Video Comel Anak Ning Baizura Menonton TV

July 24th, 2013 | by Ai
Video Popular

Ning Baizura

Pejam celik, sekejap sahaja putera sulung pasangan Ning Baizura dan suami tercinta, Omar Sharif sudah menjangkau usia hampir enam bulan.

Bayi comel yang dikenali sebagai Ryan Sky Dalton ini dilihat sudah semakin bijak dan comel serta keletahnya juga mampu membuatkan semua orang terhibur terutama bagi mereka yang menonton video-video comelnya menerusi laman Instagram milik Ning Baizura.

Menerusi video-video yang dikongsikan oleh penyanyi itu, OHBULAN! tertarik dengan dua buah video yang tertulis caption berbunyi :

La la la la Ryan’s song #ryanskydalton #babies#babyboy #ig_kids #elmo

Screaming #ryanskydalton #soprano? #babies#babyboy #happening #happybab

Baby Ning 1
Apa yang menarik mengenai kedua-dua video ini adalah, Ryan dilihat sudah pandai menonton televisyen dan bijak untuk memahami segala perkara yang berada disekelilingnya.

Artikel Berkaitan :

Ingin lihat sejauh mana comelnya baby Ryan? Jom layan video serta beberapa foto comel bayi tersebut selepas ini.

Untuk makluman, Ryan Sky Dalton telah dilahirkan pada tanggal  31 Januari yang lalu dan ini merupakan putera sulung Ning Baizura bersama Omar Sharif setelah hampir lima tahun mereka mendirikan rumahtangga.

Kredit Video & Foto : Instagram Ning Baizura

SKIP THIS AD ×