Pelawak yang juga ahli kumpulan Senario iaitu Azlee menitipkan nasihat buat pempengaruh media sosial untuk bertindak bijak dalam menghasilkan apa-apa ‘content’ di media sosial.
Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah Minta Imran Bard Mohon Maaf Secara Ikhlas & Beradab – ‘Saya Lihat Awak Ada Masa Depan Jauh …’
Contohi Ryan Bakery!
Azlee atau nama lengkapnya Azlee Jaafar berpendapat setiap ‘content’ yang dihasilkan tidak sepatutnya menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Selain itu, dia sebut nama Fauziah Nawi dan Wan Maimunah. Dia sebut nama yang tepat dan orang itu akan terasa.
Saya lebih suka pencipta kandungan seperti Ryan Bakery, dia tak ada menyentuh orang pun. Kenapa kita nak cari populariti dengan cara sebegitu.
Memang betul mahu naikkan jumlah tontonan, tapi dia jaga tak sensitiviti orang lain?
Azlee berkata demikian ketika ditemui OhBulan! pada sesi sidang media Bazaar Raya Shah Alam X Azlee Senario yang diadakan di Kelab Shah Alam pada Selasa.
Minta maaf secara tulus
Dalam pada itu, pelakon filem ‘Senario XX’ menggesa individu terlibat untuk mengakui kesilapan serta membuat permohonan maaf secara tulus.
Kalau betul dia menyalahgunakan nama individu terbabit, dia sendiri perlu minta maaf.
Kata Allah, dalam banyak-banyak dosa, yang menakutkan adalah dosa sesama makhluk sebab nanti nak jumpa susah.
Saya harapkan, pempengaruh di luar sana kalau mahu buat kandungan janganlah sentuh isu begini lagi. Carilah perkara lain untuk dibuat.
Betul itu hak dia untuk buat apa sekalipun, tapi kalau boleh jangan sampai menyinggung orang.
Terdahulu, Ellie menuntut permohonan maaf daripada Imran termasuk ibu bapa pempengaruh itu kerana mendakwa sudah mencalarkan namanya menerusi dua hantaran di TikTok dengan kandungan berunsur fitnah.
Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar dilapor kecewa dengan tindakan Imran apabila didakwa memperlekeh reputasi yang dibina lebih tiga dekad sebagai anak seni.