berita

Bella Astillah Dinasihati Buat ‘Medical Check Up’, Netizen Prihatin Selepas Aliff Aziz Kantoi Banyak Kali

April 22nd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pendedahan dibuat wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengakui dirinya kekasih kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz telah menyorot perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Kekasih Kepada Aliff Aziz Sejak Januari 2024’ – Wanita ‘Spill The Tea’, Kongsi Video Cium Pipi

Netizen risau akan Bella

Terbaharu, seorang pengguna yang dikenali sebagai @shegotnuggets tampil memberikan pandangannya menerusi ciapan di aplikasi X.

Menerusi ciapan tersebut, individu itu menyarankan pelakon, Bella Astillah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan memandangkan Aliff berulang kali kantoi dengan ramai wanita.

Bella sepatutnya buat pemeriksaan kesihaatan sekarang ini. This man (Aliff) is disgusting.

Ciapan tersebut turut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan individu terbabit.

Terdahulu, Sarah mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Komen netizen

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×