Seperti yang diketahui ramai, anak kepada pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra baru sahaja selesai mengadakan satu konsert bertempat di ‘headquarters’ (hq) jenama kambing perap terkenal.
Pada konsert tersebut, Talita telah mendendangkan tiga buah lagu iaitu Menjaga Jodoh Orang Lain (Ara Johari), Kekasih Bayangan (Cakra Khan) dan Kesetiaan (Arwah Siti Sarah).
Artikel Berkaitan: ‘Kita Tak Tahu Siapa Pergi Dulu..Mungkin Kau Yang Akan Tutup ‘Papan’ Aku, Atau Aku Yang Tutup ‘Papan’ Kau’ – Shuib
Shuib turut buat persembahan
@denikiqm5rz mesti dia rindu sahabat dia banyak kali dia sebut macam jep ? . #pakmatwestern #thalita #shuibsepahtu #fyp ? Istilah Bercinta (Rakaman Semula) – Ramli Sarip
Selain Talita, konsert tersebut turut dimeriahkan dengan nyanyian daripada bapanya sendiri dan sebuah kumpulan buskers.
Terbaharu, tularnya video memaparkan Shuib dan kumpulan buskers tersebut yang menyanyikan lagu nyanyian asal penyanyi Singapura, Datuk Ramli Sarip yang bertajuk ‘Istilah Bercinta’.
Sewaktu sedang menyanyikan lagu tersebut, kelunakan suara buskers yang serak basah seakan Ramli Sarip kemudiannya meraih perhatian Shuib di atas pentas.
Menurut Shuib, suara vokalis kumpulan buskers itu mirip suara Jep yang gemar menyanyikan lagu tersebut satu ketika dahulu.
Fuh macam Jep oh (suara).
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat nyanyian vokalis kumpulan buskers itu sedikit sebanyak telah mengubati rindu Shuib terhadap Jep.
Netizen juga mendoakan agar hubungan Jep dan Shuib dapat berbaik semula selepas hubungan persahabatan mereka dikatakan sudah mula renggang sejak tahun lalu.
Sebelum ini, timbulnya dakwaan dan kontroversi mengatakan dua pelawak ini tidak sependapat selepas Jep meluahkan rasa kecewa berikutan namanya telah digunakan sebagai konten di dalam sebuah podcast.
Jep turut kesal dengan tindakan beberapa orang rakan selebriti yang didakwa sengaja meraih perhatian dengan menceritakan tentang perihal dirinya.
Sumber: TikTok