Awal pagi tadi, Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) disimbah cat berwarna merah dan hitam. Menerusi laporan Harian Metro, kejadian itu disedari selepas pihak polis menerima panggilan berhubung insiden berkenaan daripada orang awam.
Simbah cat merah dan hitam
Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi tadi apabila dua individu tidak dikenali menyimbah premis berkenaan dengan cat berwarna merah dan hitam. Cat itu disimbah pada papan tanda serta pintu masuk ke kelab komedi berkenaan. Simbahan cat itu juga mengenai sebuah premis yang terletak bersebelahan kelab komedi terbabit.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu. Terdahulu, tular video 54 saat menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu majlis di sebuah kelab di TTDI, di sini. Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.
Video
@eg_zs tempat viral kena simbah cat dah, club komedi #fyp? #malaysiatiktok ? original sound – lagu video Radhi
Sumber: Harian Metro & Egzs