Kelantangan juri tetap Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Datuk Yusry Abdul Halim dalam memberi komen sedikit sebanyak memberi rasa kurang selesa pada penonton.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] #CSOIAM: Yusry Menyesal Bagi ‘Imuniti’ Pada Rezza Shah, Ziana Kecewa Persembahan ‘Hancur’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] #CSOIAM: Rezza Shah & Alya Mardien Tersingkir Minggu Keempat, Impian Jadi Juara Terpaksa Dilupakan
Pendapat juri
Ketika ditemui OhBulan!, Yusry akui mengelak daripada membaca komen di media sosial sejurus membawa tanggungjawab besar sebagai juri tetap pada program CSOIAM.
Ujarnya, setiap individu ada pendapat tersendiri.
Bila saya jadi juri, awal-awal lagi saya tak nak baca komen.
Sebab saya tahu, akan ada orang yang suka dan tak suka.
Tidak semestinya saya betul, tapi komen itu adalah pendapat saya.
Kalau orang tak boleh terima pendapat saya, tidak mengapa.
Walau bagaimanapun, Yusry berkata, kelantangan dalam memberi komen dilontarkan mengikut kesesuaian keadaan.
Yusry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media CSOIAM minggu keempat yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.
‘Cakap baik pun orang tak suka’
Berkongsi lebih lanjut, juri tetap CSOIAM itu memaklumkan bahawa pendapat adalah ‘tools’ yang diperlukan bagi peserta mahupun penonton.
Kalau kita berjaga-jaga, cakap yang baik-baik pun orang tak nak juga.
Mereka inginkan pendapat.
Kalau saya tak bagi pendapat, buat apa saya datang kerja sini.
Menurut Yusry, dia hanya menjalankan tugas sebagai juri tetap bagi setiap persembahan para peserta di CSOIAM.