Peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Zazzleen akui keputusan untuk tidak bertudung merupakan kehendak diri sendiri.
Artikel Berkaitan: CSOIAM: Ogy Ahmad Daud Beri Semangat Buat Zazzleen – ‘Just Have Fun! Lagu Wajah Rahsia Hati Imbas Zaman Remaja’
Artikel Berkaitan: Sarah Ismail Syukur Dengan Komen Juri Profesional, Harap Tidak Letakkan Ekspektasi Tinggi Pada Peserta – ‘Saya Harus Mendidik Sebaik Mungkin’
Keputusan sendiri
Ditanya mengenai isu bertudung, Zazzleen atau lebih mesra disapa Zazz akui harus membuat keputusan sama ada bertudung atau buka sepenuhnya demi meneruskan minatnya dalam nyanyian.
Kalau perasan, bila saya pakai selendang hanya di media sosial dan bersama keluarga.
Bila saya menyanyi, saya akan pakai topi tanpa tudung.
Keluarga juga tahu saya selesa sebegitu.
Jadi bila datang keadaan di mana saya harus memilih pakai atau tidak, saya rasa inilah masanya.
Sebab sebelum ini memang saya nak free hair.
Bagaimanapun, Zazz mendedahkan ahli keluarga tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat untuk ‘free hair’.
Zazzleen berkata demikian ketika ditemui pada sidang media CSOIAM minggu keempat yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.
Mintak doa mak
Dalam pada itu, Zazz memaklumkan bahawa dia memohon doa dan keberkatan daripada ibunya sebelum membuat keputusan.
Saya terus call mak saya.
Mak saya tak setuju. Dia suruh pakai topi.
Sebab kalau boleh ahli keluarga memang nak selamatkan saya dari membuka tudung sepenuhnya.
Tapi saya mohon untuk mak doakan yang terbaik buat saya.
Tegas Zazz, dia bertekad dengan keputusannya dan ingin menjadi diri sendiri.
Untuk info, CSOIAM pada minggu keempat membawa tema Sinergi Muzik.
Keputusan mingguan ditentukan berdasarkan gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian daripada penonton yang bermula pada episod kedua sehingga episod kelapan.
CSOIAM kali ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.
Sementara itu, penyanyi jemputan pada minggu keempat adalah Mimi Fly dan Ramli Sarip manakala Hael Husaini sebagai juri jemputan.
Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON.
Bagi undian pula, boleh ke www.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.