Beto Kusyairy antara pelakon yang jarang sekali terpalit dengan kontroversi dan hanya memfokuskan kepada kerjaya seni lakonannya. Baru-baru ini, Beto mencuri tumpuan penonton dan peminatnya ketika menjadi salah seorang duta bagi jenama pakaian Bulan Bintang.
Artikel Berkaitan: Belanja 2 Juta & 350 Dron, Bulan Bintang Takes The Sky Catat Malaysia Book of Records
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat Aksi Bakar Diri, Beto Kusyairy Kena Bebel Dengan Isteri – ‘Bibir Saya Melecur Sikit’
Senyuman Beto ‘bergula’
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Beto dilihat catwalk di hadapan ratusan tetamu yang hadir ketika malam ‘Bulan Bintang Takes The Sky’. Pelakon yang baru sahaja mencecah usia 43 tahun itu tampil segak dengan busana baju melayu teluk belanga.
Aktor hebat dengan nama sebenarnya NurKusyairy Zakuan Osman itu telah membuat warganet terpukau dengan senyuman manisnya semasa di pentas peragaan tersebut.
Malah warganet juga turut tersenyum melihat ketampanan pelakon Istanbul Aku Datang! tersebut.
Lebih menarik perhatian apabila pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) menerusi filem Mat Kilau itu, bersilat di pentas sehingga ramai yang tak keruan dan memujinya kerana dia jarang sekali menonjolkan diri apabila di luar.
@sukabudakcomel cuci muka pakai gula ke bang? ?#betokusyairy #?
Sumber: TikTok