berita

[VIDEO] ‘Cukuplah! Tak Baik Melaga-Lagakan Kami Adik Beradik’ – Sajat

October 8th, 2023 | by Alia
Kini Trending

sajat

Usahawan kontroversi, Nur Sajat meluahkan rasa kecewa berikutan terdapat beberapa pihak yang didakwa cuba melagakan dia dan adik beradiknya.

Artikel Berkaitan: Adik Sajat Berang Dituduh Tak Jaga Bapa Sakit

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Sebak, Hasrat Hadiahkan Kerusi Roda Pada Bapa Tercapai – ‘Ayah, Ampunkan Ajad’

Ada tanggungjawab masing-masing

Nur Sajat

Tidak berdiam diri, pemilik nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menegaskan bahawa adik beradiknya memainkan peranan masing-masing sebagai anak dan tidak pernah mengabaikan ibu bapa mereka.

Bila kita ni ada keluarga, bila kita ada adik beradik..adik beradik kita ini ada tanggungjawab masing-masing.

Macam Sajat, Sajat hanya bantu dari segi kewangan sahaja tapi dari segi tenaga, Sajat tak mampu sebab Sajat jauh tapi adik beradik Sajat yang tolong.

Mereka bawa anak dan bapa Sajat pergi klinik, hospital..luangkan masa, tengok dia. Tapi anda semua janganlah melaga-lagakan. Tak baik melaga-lagakan Sajat dengan adik beradik, cukuplah.

Dalam pada itu, Sajat menjelaskan situasi sebenar berikutan dia berasa kesal dengan sesetengah pihak yang dilihat sengaja menimbulkan spekulasi.

Kadang-kadang adik beradik Sajat melenting pun sebab mulut anda juga. Sajat kalau boleh kita nak baik-baik je. Kita nak yang positif je.

Dengan ‘page-page’ yang bercakap, cuba nak melaga-lagakan. Adik beradik saya sentiasa bagi dorongan, pandangan dan fokus kepada mak bapa saya. Cuma saya ini nak berikan kejutan sahaja kepada ayah saya. Itu sahaja. Adik beradik saya pun ada tolong tengok anak-anak saya, janganlah buat macam itu saya jadi makan hati.

Adik beradik saya rahsiakan benda ini sebab mereka tak nak bagi saya susah atau sedih bukannya nak sorokkan sesuatu. Mereka lebih mulia daripada saya.

Terdahulu, adik perempuan Sajat iaitu Mustika menepis dakwaan warganet yang menyatakan bahawa dia tidak menjalankan tanggungjawab menjaga ayah mereka yang sedang sakit.

Isu tersebut tercetus berikutan Sajat telah meminta bantuan usahawan sensasi iaitu Datuk Aliff Syukri untuk membeli kerusi roda baharu bagi memudahkan pergerakan bapanya.

@sajatperempuanfuh

Replying to @Norkaidah Endless #fyp #fyp? #fyp??viral #viral #sajat #nursajat

? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×