berita

[VIDEO] Sajat Sebak, Hasrat Hadiahkan Kerusi Roda Pada Bapa Tercapai – ‘Ayah, Ampunkan Ajad’

October 4th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nur Sajat

Hasrat selebriti media sosial dan usahawan kontroversi, Nur Sajat untuk menghadiahkan kerusi roda kepada bapanya akhirnya tercapai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Menangis Tahu Bapa Terlantar Sakit, Tak Boleh Berjalan

Artikel Berkaitan: Kecoh Nur Sajat Dicekup Polis Australia, Ini Respon Tuan Badan

Hadiahkan kerusi roda

Nur Sajat

Menerusi hantaran di Instagram, Sajat bersyukur dan berterima kasih kepada rakannya iaitu usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Shahida yang sudi membantunya untuk membelikan kerusi roda tersebut.

Saya dapat call dan whatapps dari Datuk Aliff mengatakan dia boleh menolong membelikan di mana wheelchair itu.

Saya sangat bersyukur dan nak buat surprise untuk ayah, saya minta tolong Datuk membelikan.

Hanya boleh sajat ucapkan terima kasih buat sahabat saya Datuk Aliff dan Datin Shahida menolong membelikan kerusi roda dan tempat kelengkapan untuk membuang air besar untuk kemudahan.

Ini sahaja saya boleh membantu keluarga yang jauh di mata tapi dekat di hati. Bila kita jauh hanya sillaturrahim dari perhatian sahabat.

Dalam pada itu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman akui sebak selepas menerima video yang dikirim Aliff memaparkan ayahnya sudah menerima kerusi roda baharu.

Bila Datuk kirimkan video ini pada saya sahaja terasa sedih dan sebak, bila orang yang kita sayang dapat buat dia tersenyum selagi dia masih hidup.

Ayah maafkan saya, ampun kan ajad, ayah adalah ayah terbaik dalam dunia ini. Ajad (Sajat) sayang sayang ayah dan emak.

Buat Datuk dan Datin, terima kasih kerana menolong, walaupun sibuk , tapi tetap mencuri waktu untuk membantu sahabat ini yang jauh dari mata. terima kasih dan semoga Allah membalas kebaikkan Datuk dan Datin.

Sebelum ini, Sajat menerusi sesi siaran langsung di TikTok dilihat gagal menahan air mata selepas mendapat berita kesihatan bapanya tidak berapa baik.

Video

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×