Siapa mengikuti pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya di media sosial, pasti tahu anak mereka Lara Alana sememangnya seorang kanak-kanak yang ceria dan pandai. Telatah comelnya sering menghiburkan ramai orang sehingga Lara sendiri mempunyai pengikut yang ramai di Instagram.
Terbaru, video tangisan Lara Alana selepas ikan dipeliharanya mati undang sebak netizen. Sampai kami tengok pun nak menangis sekali, memang jiwa penyayang Lara ini.
Sedih ikan mati
View this post on Instagram
“Daddy, I’m not ready for this”. Berkali kali Lara ulang perkataan ni.. tapi Allah lebih sayang kan Sushi. Sekarang baru Lara tau, yang we can never be ready for a situation like this.Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang. Masa Auntie Joy bagitau yang Sushi dah takde, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita feed dia, dia akan hidup balik.
Tapi rupanya Sushi dah pergi buat selamanya. Thank you Sushi kerana menggembirakan hidup kami selama 8 bulan especially time PKP haritu.. sekejap je kita dapat bersama. Rest well my sushi, you will be missed.
Perkongsian kurang dari 2 minit itu menyaksikan anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya menangis kehilangan ikan dipeliharanya sejak 8 bulan lalu.
Awal dan Scha cuba menenangkan anak mereka dengan mengebumikan ikan tersebut sebagai tanda petanda penghormatan terakhir kerana ikan juga makhluk ciptaan Allah.
Hati suci Lara
Sumber : Lara Alana