Di Instagram, pelakon Fattah Amin memuat naik satu video momen sweet tatkala meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Penuhi Jemputan Program Di Indonesia, Kongsi Tentang ‘Bertahan Demi Cinta’ & Perceraian – ‘No Regret..’
Artikel Berkaitan: ‘Hampir Setiap Malam Fazura Sedih, Menangis & Tak Dapat Tidur’ – Pengurus
Dukung Fatima
View this post on Instagram
Menerusi video tersebut, Fattah dilihat memegang erat tangan anaknya ketika mereka keluar bersama di sebuah pasar raya. Lebih mencuri tumpuan, Fatima mahu Fattah mendukungnya. Berikutan daripada itu, pelakon filem ‘Pendekar Awang’ ini menulis sebuah kapsyen khas bersempena momen tersebut.
Ujar Fattah, dia tidak kisah mahu mendukung Fatima meskipun anak gadisnya itu sudah besar.
Fatima.Daddy tahu Fatima suka Daddy dukung. Daddy tak kisah dukung Fatima selalu walaupun Fatima dah besar. Sebab kamu akan sentiasa jadi my precious baby.
Terdahulu, Fattah bersetuju memberikan hak penjagaan anaknya kepada bekas isterinya, Nur Fazura Sharifuddin. Peguam yang mewakili Fattah iaitu Puan Syamimi Ab Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua belah pihak bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan.
Sumber: Fattah Amin