Baru-baru ini, seorang ibu yang dikenali dengan nama Hasmida meluahkan rasa terkilan dan sedih dengan tindakan anak perempuannya yang dipercayai melarikan diri dari rumah sejak dua bulan lalu.
‘Apa lagi kekurangan mama untuk kakak?
Menerusi sedutan sesi siaran langsung yang dikongsikan semula di akaun TikTok, Langitbiru1773 memaparkan Hasmida merayu kepada anak perempuannya, Tengku Nur Hatikah Athirah berusia 15 tahun supaya pulang semula ke pangkuan keluarga.
Menurut Hasmida lagi, anak perempuannya itu dikatakan keluar dari rumah sejak dua bulan lalu tanpa membawa kad pengenalan mahupun pakaian.
Apa lagi kekurangan mama untuk kakak? Mama dah buat sehabis baik, ingat kawan tak bawa kita ke akhirat kak. Kakak dengan imej sekarang mama tak boleh terima. Dengan nama kakak tukar Melly, mama tak boleh terima kak.
Dah lama sabar, dah 2 bulan saya pendam, saya menunggu dan terbayang Hatikah balik. Sebab dia anak perempuan 15 tahun, kalau kakak dah lepas dari tanggungjawab mama. Mama tak kisah kak. Saya cuma nak Atikah pulang dengan selamat je.
‘Saya tak nak dia terpesong’
Tambah Hasmida lagi, anak-anaknya yang berada di Pekan, Pahang sedang menanti kepulangan kakak mereka, Hatikah. Wanita ini akui sudah buntu dan tidak tahu mengapa Hatikah melarikan diri sedangkan mereka tidak pernah berselisih faham. Malah dia juga tidak pernah mengongkong kehidupan anak perempuannya itu.
Tapi hari ini sampai ke hari ini, kakak buat mama macam ni. Mama tak tahu apa lagi kekurangan mama. Akak sekarang duduk dekat Klang. Mama mohon sangat dengan kakak, kakak balik.
Imej dia sekarang macam ni lah, saya tak nak dia terpesong atau dah tak ingat agama dia. Saya nak bawa balik dia dan adik-adik dia sedang tunggu di Pekan.
Difahamkan, Hatikah kini dipercayai berada di kawasan Klang. Tambah Hasmida, dia sudah pun melaporkan mengenai kehilangan anak perempuannya kepada pihak polis. Dia juga memohon jasa baik orang ramai memaklumkan kepadanya jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan anaknya itu.
Video
Sumber: Langitbiru1773, Hasmida537, mk54official