Selepas ‘berperang’ dengan aktor Adam Shahz, pelakon Fatin Afeefa memuat naik sebuah video di TikTok yang semestinya mencuri perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Gunakan Akal Seolah Nyawa Anda Bergantung Kepadanya’ – Suami Fatin Afeefa Tuju Dekat Adam Shahz?
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Untuk Bermusuhan, Hanya Mahukan Hak Sebagai Bapa’ – Adam Shahz
Bertahun mental didera
@fatinafeefa8untouuuuchable ?? original sound – aepotter
Menerusi kapsyen yang ditulis, Fatin seakan menggambarkan dia tidak gentar untuk berdepan dengan sebarang cabaran.
Di ruangan komen, aktres berumur 29 tahun berkata dia layak untuk gembira selepas bertahun hidup dalam air mata.
Dah bertahun nangis, saya layak untuk gembira.
Allah tahu
Dalam pada itu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin menyatakan dia tidak memerlukan mana-mana individu untuk berada di sisinya selain Allah SWT.
Saya tidak perlu awak untuk berada di sisi saya. Cukup la Allah tahu bagaimana saya bekerja keras untuk meletakkan makanan di atas meja untuk anak-anak saya beberapa tahun lalu.
Pada Khamis, Fatin dan Adam hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia.
Sekadar info, Fatin pernah berkahwin dengan Adam pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.
Terbaru, pelakon filem Tentang Bulan telah mendirikan rumah tangga dengan jutawan muda, Aliff Awang pada 30 Disember lalu.
Sumber: TikTok