Seperti ramai sedia maklum, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri merupakan seorang individu yang tidak pernah duduk diam dalam mencari rezeki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Dia Tak Menyusahkan Hidup Aku Tak Apa, Masalahnya…’ – Isteri Stres Aliff Syukri Sibuk Jual Jeruk
Jual kurma
@shahidadherbs2 bila nak habis ni ?? #kurma #ramadhan #fyp ? bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid
Selepas berjaya dalam bisnes menjual jeruk mangga, usahawan berusia 37 tahun itu dilihat tampil dengan perniagaan baharu menjual buah kurma sempena bulan Ramadan.
Menerusi perkongsian terbaharu isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid, dapat dilihat Aliff sedang sibuk menjual buah tersebut menerusi sesi siaran langsung yang dibuatnya.
Apa yang menghiburkan ialah, Shahida berseloroh memaklumkan dirinya ‘tidak tahan’ dengan Aliff yang mempunyai bermacam-macam idea untuk berniaga bagi menambah pendapatan.
Kurma pula? Dah habis (jual) jeruk dia jual kurma pula. Aku penatlah.
Dah tak nak dengar, pening.
Nama kurma tu medjool, nak jual kurma tapi sebut tak betul.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri itu.
Netizen juga mendoakan agar Aliff dimurahkan rezeki dan urusan perniagaannya dipermudah.
Komen netizen
Sumber: TikTok