berita

[VIDEO] Dah Lama ‘Mengidam’, Ibu Sebak & Terharu Dapat ‘Oyen’ Time Birthday

December 7th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai Fatihah Ghafar, berkongsi satu video yang menarik perhatian warganet. Menerusi video tersebut,  ibunya terharu dan sebak mendapat hadiah seekor kucing bersempena hari jadinya.

Ibu sebak dapat Oyen

Menerusi video yang berdurasi kurang satu minit itu, ibunya kelihatan teruja menerima hadiah bersempena hari jadinya. Pada mulanya, ibunya tidak menyangka dan terkejut akan menerima ‘Oyen’ sebagai hadiah.

Difahamkan, sudah lama ibunya ‘mengidam’ untuk memiliki seeokor kucing berwarna oren. Di penghujung video tersebut, si ibu sekali lagi meluahkan rasa seronok dan mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarganya.

Hello Simba!

Jelasnya lagi, kucing tersebut telah diberi nama Simba. Kalau diikutkan, nama Simba itu merupakan nama watak utama dalam sebuah kartun keluaran Disney. Perkongsian tersebut telah berjaya meraih 461k tontonan, 15.9k retweet dan dan 36.1k likes.

Oyen lain

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut berkongsi foto-foto kucing mereka yang berwarna oren. Cute!

Sumber: Fatihah Ghafar

SKIP THIS AD ×