Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya memasang niat untuk menghalalkan perhubungan tersebut. Malahan, pelbagai persiapan harus dibuat sebelum tibanya hari bahagia itu.
Namun, ini kisah sedih yang dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Atiqah, di aplikasi TikTok apabila bakal suaminya dipercayai ‘hilang’ dan tidak muncul setelah segala persiapan telah siap semasa hari bahagianya. Tabahnya awak!
Segala persiapan sudah dibuat
Menerusi video TikTok yang berdurasi lebih 32 saat itu, memaparkan ketabahan wanita berhadapan dengan ujian yang sangat berat. Dalam video tersebut, menunjukkan segala persiapan sudah dibuat termasuk pelamin, hantaran, dan make up. Namun apa, yang menyedihkan, apabila bakal suami tidak hadir bagi upacara ijab dan kabul itu.
Dia bersama keluarganya terpaksa akur dengan apa yang terjadi dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Sedihnya!
Tak sempat naik dah kena cabut
Lagi menyedihkan apabila pelamin mahal yang ditempahnya tidak sempat digunakan untuk upacara bersanding namun telah dikemas dan dicabut. Tidak berakhir di situ, dia sempat memuat naik lagi satu video wajahnya yang cantik setelah disolek sebagai kenangan buatnya pada masa akan datang.
Video-video tersebut dihujani dengan ratusan komen yang mendoakan supaya dia berjumpa dengan jodoh yang lebih baik pada masa akan datang. Tidak berakhir di situ, warganet turut memuji wanita tersebut kerana masih kuat berdepan dengan ujian itu. Semoga awak terus kuat ya!
Sumber: Atiqah