Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli sebuah kereta mewah iaitu Mercedes-Benz. Susulan itu, netizen mula berteka-teki berapakah jumlah pendapatan yang diperoleh seorang influencer.
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Beli Kereta Mercedes-Benz, Netizen Respon – ‘True Definition Lepas Kahwin Rezeki Lagi Melimpah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Pandang Jelik Atau Hina Wanita Bersalin Caesar, Bagi Saya Sangat Tak Berasas’ – Dr Say
Income influencer cecah RM100,000?
Menjawab kepada pertanyaan tersebut, pempengaruh yang juga pengamal perubatan, Dr. Say Shazril tampil mendedahkan pendapatan yang diperolehi influencer untuk sebulan.
Jelas Dr. Say, pendapatan tersebut bergantung kepada peringkat dan tahap seseorang influencer itu berada mengikut jumlah pengikut di media sosial.
Baru-baru ini Dahlia angkut Mercs, jadi ada yang curious akan kemampuannya. Pertama sekali, Dahlia ini bukannya baru famous, IG dia ada 779,000 pengikut. Kiranya dia dah lama bertapak dalam dunia influencing ini.
Okay secara purata, pendapatan seorang influencer ini adalah dari RM3,000 hingga RM100,00 sebulan. Sebab apa besar range nya? Sebab influencer ini ada banyak peringkat.
Nano influencers bila pengikut dia bawah 1,000, micro influencer pengikut 1,000 ke 100,000. Macro influencer kat mana saya berada 100,000 hingga 1 juta. Mega influencer pengikutnya 1 juta ke atas.
Bagaimanapun, Dr Say berkata bayaran influencer bukan sahaja bergantung kepada jumlah pengikut semata-mata, namun dilihat juga menerusi interaksi pengguna atau ‘engagement’ di media sosial.
Ia bukan hanya sebab pengikut, sebab pengikut sekarang boleh dibeli. Apa yang kebanyakkan client dan agensi nak tengok sekarang adalah pengikut dan juga engagement.
Engagement ini senang kata macam mana interactive pengikut anda. Jadi kalau influencer ini charge 1 video RM5,000 memang tidak lah agensi atau client nak bayar.
Berbalik kisah Dahlia, video-video dia semua beratus ribu tontonan, beribu tanda suka, komen pun banyak. Jadi dekat situ kita boleh dapat tahu engagement dia tinggi. Pula itu pengikut dia tinggi. Bila dua ini bersatu, maka keluarlah sebiji Mercedez.
Pun begitu, bapa kepada dua cahaya itu mengatakan tidak mudah untuk bergelar influencer atau pencipta konten seperti mana yang difikirkan segelintir pihak.
Lepas itu mesti semua ingat ‘bestnya jadi influencer ini tak nak jawab kertas sejarah la’. Kehidupan sebagai influencer atau content creator ini tak senang dik.
Dalam kepala ini constant fikir ‘content apa aku nak post hari ini. Supaya engagement kekal tinggi, supaya bila orang explore akaun aku masih keluar’. Kalau lama tak post, orang itu somehow akan hilang dari feed kita.
Video
@say_shazril0Ada follower sy curious jadi sy jawab persoalannya. Sy quit kerja gomen 2018 to be full time influencer jadi untuk 6 tahun ni pelbagai asam garam dah sy rasai. Apa yg ampa nampak hanyalah the tip of the iceberg tapi iceberg yg dalam ayaq tu hanya influencers je tahu kesusahannya. @dshazall mintak tumpang awak sebagai contoh ye?? original sound – say_shazril
Sumber: TikTok