![[VIDEO] Dahlia Rizal Bantu Budak Lelaki Sesat Di Korea, Siap Bagi Roti Untuk Tenangkannya](https://media.ohbulan.com/2023/11/Untitled-design-13.png)

Baru-baru ini pempengaruh jelita, Dahlia Rizal mendapat perhatian warganet apabila dia cuba membantu seorang kanak-kanak yang sesat ketika berada di Korea.
Artikel Berkaitan: ‘Kulit Dia Sudah Sedia Cantik’ – Jurusolek Nikah Dahlia Rizal Dedah Tiada Secalit ‘Foundation’ Digunakan
Artikel Berkaitan: Imran Aqil Tak Cuci Pinggan, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar – ‘Saya Saja Gaduh Manja’
Dahlia cuba bantu

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal dilihat sedang membantu seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai sesat.
Walaupun pertuturan kanak-kanak tersebut sukar untuk difahami, namun Dahlia tetap melayannya dengan baik dan cuba untuk menenangkannya dengan menyuapkan sekeping roti.
Tidak lama selepas itu, kanak-kanak tersebut diserahkan kepada pihak polis sebelum abangnya mengambilnya keluar daripada balai polis tersebut.
Polis bawa dia masuk balai kemudian tengok-tengok ada abang dia yang berumur 6 atau 7 tahun, ambil dia keluar pergi tandas.
Kami syak ibunya sedang berada di tandas dan dia merayau.
Sementara itu, difahamkan Dahlia ke luar negara bagi menjalankan penggambaran bersama sebuah jenama tudung lokal.
@aureliaevelina Baby ni lost 😢 #dahliarizal #dahliaimran #dahlia #fyp
Sumber: TikTok

![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)





![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/khairul-aming-.jpg)
