berita

Budak 7 Tahun Didakwa Rogol Anak Jiran Umur 5 Tahun Sampai Berlumuran Darah

September 26th, 2023 | by Alia
Kini Trending

gangguan seksual

Gambar sekadar hiasan

Keluarga seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun tampil mendakwa anak jiran mereka telah merogol puteri mereka.

Artikel Berkaitan: 20 Pelajar Bawah Umur Didakwa Jadi Mangsa Cabul Guru Mengaji, Diraba & Disuruh Ramas Kemaluan

Artikel Berkaitan: Guru Mengaji Al-Quran Ditahan, Disyaki Rogol 27 Gadis

Ajak bermain

banduan cabul

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan India Today, insiden yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu menyaksikan keluarga terbabit membuat dakwaan anak perempuannya telah dirogol pada 16 September lalu.

Berdasarkan aduan keluarga, kejadian berlaku ketika kanak-kanak perempuan itu sedang bermain berhampiran dengan rumahnya. Dia kemudian didatangi oleh seorang kanak-kanak lelaki yang membawanya ke rumah atas alasan untuk bermain bersama-sama.

Setelah pulang, kanak-kanak malang berkenaan tidak dapat duduk dengan betul dan pakaiannya berlumuran darah.

Dia memaklumkan kepada keluarganya bahawa kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tersebut telah melakukan sesuatu terhadapnya sehingga mendatangkan kesakitan.

Bagaimanapun, polis menjelaskan bahawa pihaknya tidak boleh menangkap kanak-kanak itu berikutan dia di bawah umur.

Ekoran itu, polis sedang mendapatkan nasihat undang-undang memandangkan kanak-kanak di bawah umur sembilan tahun tidak boleh ditahan atas sebarang kesalahan jenayah.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×