Pempengaruh media sosial Islamik, Qawiy berkongsi keadaan dirinya selepas terpalit dalam dakwaan mengatakan dia terlibat dengan jenayah gangguan seksual.
Artikel Berkaitan: Tidak Benar & Fitnah! Qawiy Nafi Terlibat Jenayah Gangguan Seksual
Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Diterjah Sambung Bacaan Ayat Quran Sewaktu Penggambaran, Netizen Puji Merdu -‘Alhamdulillah, Cantik Bacaan’
Reda dengan dakwaan
Ketika ditemui OhBulan!, Qawiy atau nama lengkapnya Abdul Qawiy Abd Rashit berkata, dia reda dengan dakwaan tersebut dalam masa yang sama bersyukur masih mendapat sokongan daripada keluarga.
Saya tak boleh tepis apa yang orang fikir terhadap saya. Kalau saya pertahankan diri sangat pun bukan orang nak dengar sangat.
Tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya masih menghadapi hari-hari seperti sebelum ini.
Apa yang saya lakukan selepas kejadian itu, saya kembali kepada keluarga, kami berbincang, dan saya cuba untuk bangkit semula.
Saya juga dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik serta keluarga yang sentiasa menyokong dan memahami diri saya. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik.
Qawiy berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Ramadan Screening Astro yang berlangsung di The Grounds KL, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Percaya pada rezeki
View this post on Instagram
Bercakap mengenai kerjayanya, pempengaruh berusia 28 tahun itu tidak berasa bimbang jika isu itu membuatkan tawaran kerja terjejas.
Ujar Qawiy, setiap rezeki buatnya telah pun ditetapkan Allah SWT.
Selepas mendengar kata-kata ibu saya, saya sedar bahawa rezeki di tangan Allah SWT.
Kalau saya kehilangan beberapa tawaran atau tawaran saya ditarik balik, itu semua perspektif manusia. Saya tak kisah. Hidup ini hanyalah untuk berbakti kepada Allah SWT.
Dalam masa yang sama, Qawiy percaya setiap yang berlaku telah membantu dirinya untuk bangkit dan menjadikan dirinya lebih baik.
Ketika itu, saya memang rasa betul-betul sedih, tapi hikmah di sebalik apa yang terjadi sangat besar. Saya jatuh ke bawah, tapi saya boleh naik lebih tinggi.
Kalau ada peluang untuk patah balik, saya tak nak, sebab hikmah yang saya dapat sangat besar.
Saya pergi umrah, saya juga dapat mesej-mesej yang lagi besar daripada ustaz. Pengajaran itu sangat bermakna. Alhamdulillah.
Terdahulu, tular satu laporan polis dimuat naik seorang individu di aplikasi X yang mendakwa Qawiy memintanya melakukan perkara tidak senonoh ketika berhubung menerusi panggilan video selain menghantar mesej berbaur lucah dan melakukan cubaan merabanya ketika mereka keluar bersama.
Bukan setakat itu, seorang lagi pengguna aplikasi sama menulis surat terbuka kepada Qawiy dengan mendakwa menerima kiriman mesej daripada pempengaruh berkenaan yang mahu memfailkan saman terhadapnya dipercayai kerana terasa dengan satu kenyataan dikeluarkannya.
Pengguna tersebut turut mendakwa dimaki hamun oleh golongan digelarkannya pentaksub Qawiy dan menuntut pempengaruh berkenaan melakukan sumpah laknat bagi menafikan perbuatannya.