Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus menyatakan ibu bapa tidak boleh memaksa anak dara berkahwin dengan pilihan mereka melainkan dalam kes wali mujbir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Baik Norman Atau Abby, Mereka Dah Bagi Terbaik Untuk Anak-Anak’ – Netizen Doa Diberi Kekuatan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Suami ‘Like’ Sebab Perempuan Cantik, Mendedahkan Aurat, Maka Berdosa’ – UAI
Demi cinta, jadi ‘buta’
Menerusi perkongsian di YouTube, Ustaz Azhar menjelaskan situasi wali mujbir yang mana ibu bapa boleh mengahwinkan anak gadis mereka yang masih dara tanpa meminta izinnya dengan syarat lelaki tersebut mempunyai akhlak yang baik, berharta, bergama dan paras rupanya.
Menurut Ustaz Azhar, ibu bapa merupakan insan yang wajib ditaati selepas Allah dan rasul.
Dalam bab taat kepada ibu bapa, mereka adalah orang yang patut anak taat selepas Allah dan rasul. Bukan kawan-kawan, majikan atau jiran. Untuk bab perkahwinan, ibu bapa tidak boleh memaksa anak mereka untuk berkahwin dengan pasangan yang dipilih oleh ibu bapa.
Melainkan dalam kes wali mujbir iaitu ibu bapa yang mempunyai kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin gadis itu terlebih dahulu dengan lelaki yang beragama, baik akhlak, berharta dan rupa parasnya.
Bagaimanapun, jelas Ustaz Azhar anak-anak masih berhak untuk menolak permintaan ibu bapa sekiranya pasangan yang dicadangkan mempunyai akhlak yang buruk dan asas agama yang lemah.
Misalnya, seseorang itu mahu kahwin dan ibu bapa tidak merestui, kita perlu lihat dengan situasinya terlebih dahulu. Jika sebab ibu bapa tak suka berkaitan dengan agama, contohnya perangainya tidak baik, jadi anak perlu ikut saranan ibu bapa.
Kalau pasangan itu agamanya baik tetapi ibu bapa pula tak suka dan mahukan menantu yang laghah (jahat), teruskan pilihan asal kita dengan cara memujuk ibu bapa untuk terima.
Andai situasi ada calon A dan calon B, kedua-duanya pula baik akhlak, dulukan calon yang dicadangkan oleh ibu bapa. Tanpa ibu bapa kita tiada di dunia ini.
Sementara itu, pendakwah asal Terengganu itu berkata meskipun anak lelaki tidak memerlukan wali, namun itu bukan tiket untuk mereka mengetepikan pandangan ibu bapa dalam bab memilih pasangan hidup.
Dalam kes tidak mendapat restu ibu bapa, jika yang berkahwin itu anak lelaki maka sah perkahwinan itu. Kerana anak lelaki tidak perlu berajak kepada wali. Tetapi kalau kita berada di posisi seorang ayah, suka atau tidak anak kita kahwin dengan orang yang kita tak suka?
Pasti jawapannya tidak suka, oleh janganlah seseorang anak lelaki itu kahwin dengan pasangan yang ibu bapa tak suka, nanti akan berbalik pada kita. Itu adalah tindakan yang ‘selfish’, hanya mementingkan hak sendiri.
Tambah Ustaz Azhar lagi, andai ibu bapa mendengar fitnah tidak elok tentang pasangan yang bakal dikahwini, seseorang itu hendaklah bertindak menjernihkan keadaan.
Andai pula pilihan kita ibu orangnya baik, tetapi ibu bapa hanya mendengar fitnah buruk tentang pasangan kita. Maka ambil tindakan untuk bersihkan keadaan. Pujuk dan nasihat dengan bapa pada ibu bapa.
Buktikan dan tunjukkan komitmen bahawa kita boleh hidup bahagia dengan pasangan kita kelak.
Dalam pada itu, pendakwah berusia 59 tahun itu berkata dalam hal perkahwinan, ramai yang menjadi ‘buta’ tanpa seseorang itu menyedari.
Sebab itu dalam bab perkahwinan ramai yang jadi ‘buta’. Apa maksud ‘buta’ itu? Dia tidak lagi mendengar cakap dan nasihat ibu bapa. Cinta itu membutakan kamu.
Bercintalah kamu tetapi masih ingat ibu bapa, ramai yang bercinta tetapi tidak lagi taat dengan ibu bapa. Lebih utamakan kehendak pasangan daripada ibu bapa, itu tidak baik.
Video
Sumber: YouTube