Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menyedari ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku terhadap dirinya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Ibrahim ‘Buka Mulut’ Dakwaan Guna Ilmu Hitam Untuk Cantik – ‘Jika Fitnah Yang Melampau, Undang-Undang Ada’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dakwa Rozita Ibrahim Guna Ilmu Hitam Untuk Kekal Cantik? – ‘Muka Modified, Pentaksub Dia Jangan Percaya’
Ada benda yang mengganggu?
@jrmdihati #hasad #insaf #tazkirah #nasihat #gangguan #jrmdihati #jrm #bondarozitaibrahim #storytime
Menerusi video yang dimuat naik, Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita mendedahkan bahawa dia mengalami perubahan dari segi fizikal pada waktu-waktu tertentu.
Rozita berasa hairan dengan keadaan dirinya kerana perkara tersebut berlaku secara tiba-tiba namun tidak tahu akan puncanya.
Dalam tempoh seminggu ini ada satu benda tak kena dalam kehidupan saya. Ada satu benda yang menyebabkan saya tak boleh menoleh.
Yang paling pelik, ia akan datang pada waktu tertentu..ketika saya nak buat siaran langsung dan waktu solat. Ia akan ‘tarik’ saya dan tadi tiba-tiba saya rasa dunia ini bergegar. Selepas saya baca Al-Fatihah saya rasa agak stabil dan dekat sini (bahagian dada) rasa sangat sesak. Saya rasa tiba-tiba nak menangis tanpa sebab.
Dalam masa yang sama, ibu kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri itu mengamalkan sebaris doa yang pernah dikongsikan oleh seorang ustaz.
Selalu ustaz ajar dia kata, ‘wahai Allah lindungilah aku daripada orang yang nak berlaku hasad, lindungilah aku daripada orang yang cuba membuat jahat kepada diriku’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Rozita agar lebih berhati-hati dan mendoakannya supaya sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.
Terdahulu, terdapat seorang individu mendakwa Rozita menggunakan ilmu hitam dan batin yang menyebabkan dia kelihatan cantik walaupun sudah berusia 60 tahun.
Individu tersebut meminta orang ramai untuk tidak obses dengan Rozita dengan mendakwa kejelitaannya bukanlah kerana produk yang dijual tetapi mengamalkan ilmu syirik.
Tidak cepat melatah, Rozita kemudian memberi respon terhadap perkara tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak kisah akan tindakan individu berkenaan.
Namun, dia mengingatkan bahawa setiap tindakan yang melampaui batas boleh dibawa ke muka pengadilan.
Sumber: TikTok