Baru-baru ini, dunia badminton China kehilangan seorang pemain muda Zhang Zhijie di mana beliau disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan menentang Jepun pada aksi peringkat kumpulan berpasukan di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Orang Kahwin Hari Ini, Terus Beranak Hari Ini’ – Doktor Jawab Soalan Kenapa Kes Covid-19 Makin Naik
Kena mulakan CPR segera
Berikutan daripada itu, doktor perubatan yang juga pempengaruh media sosial, Dr Malar telah tampil memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku terhadap Zhijie pada waktu tersebut.
Menurut Dr Malar, walaupun tidak tahu cara atau tiada pengalaman melakukan prosedur resusitasi kardio-pulmonari (CPR), sesiapa saja perlu bertindak segera memberikan bantuan kecemasan tanpa perlu berasa takut sekiranya berdepan situasi yang boleh mengancam nyawa.
Nampak tak dia menggelepar tu, kemungkinan besar waktu tu jantung dia pun menggelepar juga kita panggil Ventricular Fibrillation (VF) ataupun Pulseless Ventricular Tachycardia (Pulseless VT).
Rawatan terbaik pada ketika jantung berdegup macam ini adalah ‘shock delivery’ tapi kalau tiada alat untuk memberikan ‘shock’ pada ketika itu, kena mulakan CPR dengan segera.
Kalau kita tak rawat dengan cepat ketika jantung tak cukup dalam fasa VF ataupun pulseless VT jantung akan masuk ke fasa berikutnya iaitu fasa yang langsung tiada nadi kita kenali dengan nama PEA ataupun Asystole.
Sebab itu kalau anda semua ‘zoom’ dan tengok lepas menggelepar itu badan dia macam kaku terus dah masuk dalam fasa Asystole lah tu. Puncanya boleh jadi macam-macam contohnya, hypokalemia ataupun hyperkalemia.
Difahamkan, ketika kejadian Zhijie yang berusia 17 tahun sedang berdepan dengan pemain Jepun, Kazuma Kawano di mana beliau kemudian rebah dalam keadaan tertiarap semasa kedudukan mereka terikat 11-11.
Sekadar ingo, Zhang Zhijie merupakan juara remaja Asia bawah 17 tahun pada 2023. Beliau pemain ketiga dari China yang muncul juara selepas Zhang Sheng (2006) dan Shi Yu Qi (2012).
Video
@drmalarss SERANGAN JANTUNG boleh berlaku di mana mana sahaja, kepada sesiapa sahaja. Yang penting, rawatan yang betul, cepat dan tepat diberikan kepada mangsa. Untuk maklumat lanjut tentang kesihatan jantung, silalah jumpa doktor pakar jantung ye. Ni saya share link terus :https://www.columbiaasia.com/malaysia/doctors/?jhospital=Cheras&jspecialty=1066 #celotehdrmalarcolumbiaasiacheras@Columbia Asia Malaysia
Sumber: Dr Malar