berita

[VIDEO] Dasar Gila Seks!

December 9th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di media sosial, kecoh satu video yang membangkitkan kemarahan warganet. Hal ini disebabkan, seorang lelaki yang dipercayai warga asing cuba untuk melakukan gangguan seksual kepada seorang wanita. Kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat mencuci kenderaan di Shah Alam.

Tak senonoh

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 29 saat itu, memaparkan seorang lelaki warga asing cuba melakukan gangguan seksual kepada seorang wanita. Ketika kejadian, wanita tersebut sedang leka vakum keretanya di pintu belakang. Namun, secara tiba-tiba datang seorang lelaki yang bertindak ‘menurunkan’ seluarnya dan cuba ‘menggesel’ di belakang wanita tersebut.

Terkejut dengan apa yang berlaku, mangsa ketika itu kelihatan seperti menjerit kepada lelaki tersebut. Namun, sehingga kini, tiada sebarang tangkapan yang dibuat terhadap suspek.

Reaksi netizen

Perkongsian tersebut telah meraih 169.3k tontonan, 3.5k retweet dan 2.9k likes, rata-rata warganet mengecam tindakan suspek dan berharap supaya pihak polis berjaya menahannya dengan secepat mungkin.

Sumber: Norman Emir 

SKIP THIS AD ×