berita

[VIDEO] Datang Bersama Keluarga, Reaksi Pemuda Ini ‘Nervous’ Kali Pertama Jumpa Bakal Isteri Bikin Bersemut! – ‘Dua-Dua Malu’

November 23rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Jika zaman dahulu, ibu bapa merupakan individu yang memainkan peranan besar dalam mencari calon isteri atau suami untuk anak-anak. Malah, kebanyakan anak zaman itu memang tidak banyak kerenah dan lebih senang membiarkan urusan pasangan ditentukan oleh kedua orang tua.

Mungkin situasi ini boleh dikaitkan dengan seorang pemuda ini yang kelihatan gementar saat pertama kali bertemu dengan bakal isterinya.

Pertama kali jumpa bakal isteri

Video pendek itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Bibi Eddy yang dipercayai merupakan adik perempuan kepada pemuda berkenaan. Menurut individu ini, abangnya sangat gementar dan dalam masa yang sama segan apabila bertemu apatah lagi bertentang mata buat kali pertama dengan bakal isterinya. Difahamkan, sebelum ini mereka berdua tidak pernah berjumpa.

Abang I first time jumpa bakal isteri dia before this, tak pernah jumpa langsung. Nampak nervous dia.

Namun, pemuda ini cuba bertenang saat berkunjung ke rumah bakal keluarga mentuanya. Difahamkan, pemuda ini turut ditemani oleh kedua ibu bapa dan adik beradiknya yang lain. Menerusi video pendek itu turut kelihatan bakal isteri pemuda ini sedang duduk bersebelahan dengan seorang wanita sambil tersenyum malu.

Video pertama yang dikongsikan Bibi telah mendapat 1.1 juta tontonan manakala video kedua pula ditonton hampir 900 ribu kali. Menjengah di ruangan, kebanyakan pada gadis sempat berseloroh bertanyakan kepada Bibi sama ada dia mempunyai adik beradik lelaki yang masih bujang atau pun tidak. Mereka mengatakan pasangan ini bagai pinang di belah dua, sama cantik sama padan. Malah tidak kurang juga ada yang menyifatkan wajah bakal isteri pemuda ini kelihatan seperti wajah pelakon cantik, Uqasha Senrose. Mereka juga mendoakan agar urusan pasangan ini untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

Dua dua malu

‘Sama cantik sama padan’

Sumber: Bibi Eddy

SKIP THIS AD ×