berita

[VIDEO] Datang Majlis Kahwin, Reaksi Anak Kecil Ini Tengok Bapa Kandung Naik Pelamin Bikin Sebak

October 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan perhubungan yang berkekalan tetapi ada di antara mereka terpaksa ‘berpisah’ kerana sudah tidak serasi. Namun individu yang paling terkesan dengan perpisahan tersebut adalah anak-anak.

Baru-baru ini viral satu video di TikTok memaparkan reaksi seorang kanak-kanak seakan ‘sedih’ apabila melihat bapa tercinta bersanding di atas pelamin bersama wanita lain.

Bapa kandung kahwin lain

Menerusi video pendek yang dikongsikan di akaun TikTok, Firansrathore memperlihatkan seorang kanak-kanak perempuan menghadiri majlis perkahwinan bapa kandungnya bersama wanita lain yang merangkap bakal ibu tirinya.

Namun lebih meruntun hati apabila si anak kecil ini seakan tidak melepaskan pandangan ke arah pelamin melihat momen bahagia bapa tercinta bersama pasangan hidupnya. Ketika di atas pelamin, si bapa sempat memeluk dan berbisik sesuatu kepada anak kesayangannya itu.

Sedihnya…

Difahamkan, selepas turun dari pelamin, anak kecil ini terus menangis sebelum dipujuk oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Bibi. Menurut sumber, kanak-kanak ini sedih kerana terpaksa berjauhan dengan bapa tercinta.

Tak dinafikan, dengan umur yang baru setahun jagung, sudah pasti anak kecil ini tidak faham dengan situasi yang dilalui ibu bapa kandungnya sebelum ini.

Menangis lepas turun pelamin

Sumber: Firansrathore

SKIP THIS AD ×