Hantaran terkini yang dikongsikan oleh usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Red di akaun media sosialnya telah menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kadang Malu Sebab Selalu Jadi Sosok Yang Mengecewakan’ – Datuk Red

Artikel Berkaitan: Adira & Datuk Red Didakwa Sudah Kembali Rujuk? Kakak Respon – ‘Celah Mana? Satu Keluarga Terkejut’

Hargai Adira

@dato..red

Allhamdullilah berkat ramadhan..rezeki anak2…yg Allah lindungi la bidadari ku dan jaga ia tuk ku…

♬ original sound – abg red – abg red

Menerusi hantaran di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, berkongsi momen ketika meluangkan masa dengan anak-anak.

Keceriaan di wajah anak-anak Datuk Red terserlah ketika mereka makan dan membeli-belah bersama-sama.

Pada akhir video tersebut Datuk Red turut berkesempatan membeli sepasang kasut untuk bekas isterinya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi.

Untuk mummy mereka, terimalah hadiah dari saya.

Alhamdulillah, berkat Ramadan rezeki anak-anak.

Ya Allah, lindungi dia bidadariku dan jagalah dia untukku.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat kemesraan Datuk Red dan anak-anaknya.

Dalam masa sama, warganet turut memuji Datuk Red dan Adira kerana masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak, selain turut berharap agar ikatan mereka kembali terjalin.

Sumber: TikTok Datuk Red