Meskipun memilih jalan perpisahan namun, penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suami Datuk Seri Adnan Abu masih menjalinkan hubungan yang baik.
Artikel Berkaitan: Adira Nafi Bersekedudukan Dengan Bekas Suami – ‘Jangan Risau Rumah Saya Ada Ramai Orang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Cemburu Adira ‘Photoshoot’ Dengan Fattah Amin? – ‘Tak Perlu Pun Nak Jumpa’
Mahu adakan majlis
@ayuuariffin84 Yang sebelum ni kahwin sorok²,kali ni Ami nak ada majlis.tu permintaan Adira -Abg Red.Semoga ada jodoh utk mereka #fyp #datored #abgred #adirasuhaimi #adira #ami #artist
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dilihat sedang menjual produk sambil melayan pengikutnya.
Menurut Datuk Red, andai dia dan Adira bertemu jodoh sekali lagi, penyanyi berasal dari Sabah itu pernah meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis.
InsyaAllah. Saya ada suarakan dekat Adira(untuk nikah).. tapi dia kata hari tu bernikah pun sorok-sorok. Takkan nikah kali ini nak sorok-sorok juga?
Bagilah ada majlis sedikit. Betul juga apa yang dia kata.
Menurut usahawan berusia 46 tahun itu, dia mahu menunaikan permintaan Adira dan memohon agar warganet turut mendoakannya.
Kesiankanlah dia. Jadi saya akan tunaikan permintaan terakhir dia.
Doakan saya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Datuk Red dan bekas isterinya itu bersatu semula di atas jinjang pelamin.
Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Red dan Adira..berjodoh semula.
Semoga Adira sihat, panjang umur dan ada jodoh semula dengan Datuk.
InsyaAllah, dipermudahkan segalanya syukur Alhamdulillah.
Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sumber: TikTok