berita

[VIDEO] Datuk Red Nasihat Para Suami Jangan Kahwin Dua – ‘Apa Yang Rosak, Kita Perbaiki Saja Lah’

April 23rd, 2024 | by Maya
Kini Trending

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Takut Dipandang Serong’ – Datuk Red Gementar Pulang Beraya Di Kampung Adira Suhaimi, Syukur Terima Banyak Sokongan

Artikel berkaitan: Datin Red Dakwa Datuk Red Tak Pulang Sambut Raya, Netizen Siap Tanya Pasal Baju Kelawar – ‘Tak Dapat Pun’

Cukup satu isteri

Menerusi temu bual di stesen radio Zayan, Datuk Red memberitahu seorang isteri sudah mencukupi.

Katanya lagi, sekiranya ada kelemahan dan kekurangan, langkah terbaik yang perlu diambil adalah memperbaiki.

Seronok sangat dia ni kahwin dua maklumlah ada dua isteri. Orang pun pandang ‘wah hebat brother ni, apalah ilmu dia pakai’.

Tapi sebenarnya kalau boleh mengikut pengalaman saya, ini nasihat saya tak payah lah (kahwin dua). Ada yang satu tu, itulah dia. Apa kurangnya dia (isteri), ubahlah sendiri. Apa yang rosak, kita perbaiki saja lah.

‘Biar urus 10 syarikat daripada beristeri dua’

Dalam pada itu, Datuk Red berkata tidak mudah untuk menguruskan rumah tangga sekiranya beristeri dua.

Biar jelah satu untuk kesenangan dan ketenangan. Saya sebagai ahli perniagaan, ibaratnya biar lah kita uruskan 10 syarikat.

Terdahulu, didakwa Datuk Red sudah bernikah sebanyak tiga kali. Menurut sumber, isteri pertama diceraikan selepas tidak lama dia mendirikan rumah tangga kedua bersama Datin Red atau nama sebenar Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Datuk Red kemudian berkahwin kali ketiga dengan penyanyi Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×