Isu ‘Abang Bas’ yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk usahawan popular Datuk Seri Vida.
Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah Selar Netizen Pertahankan ‘Abang Bas’, Kongsi Kisah Rakan Disentuh Pak Cik Sendiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Ulas Isu Abang Bas Guna Fakta – ‘Saya Sebarkan Kesedaran, Tak Perlu Jadi Peguam Untuk Suarakan’
Luahan DSV
@datoserividaofficial Apa apa pun sama sama kita tunggu perjalan kes ini macam mana, biar undang undang yang menentukan ?? #datosrivida #abangbas
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menangis selepas melihat video ‘Abang Bas’ berpelukan dengan ibunya.
Pasal isu ‘Abang Bas’ ni sebenarnya saya tengok daripada jauh sahaja. Macam-macam pendapat, kecam ada, sokong pun ada.
Tapi saya terpanggil untuk buat video ini apabila saya tengok pelukan ‘Abang Bas’ dengan ibu dia.
Hati saya sebagai seorang ibu yang ada anak bujung..anak teruna, kita tahu perangai orang yang menyayangi, ikhlas dalam kasih sayang dan seorang yang penyayang iaitu ciuman dia. Dia cium ibunya dua kali selepas berpelukan.
Dalam pada itu, usahawan berusia 52 tahun itu yakin bahawa tindakan pemandu bas tersebut adalah semata-mata kerana dia sayang akan kanak-kanak.
Itu buatkan saya terfikir dengan body gesture tersebut..kesian padanya. Disebabkan hantaran sebegitu orang salah faham, sampai kena tahan dan kena bicara.
Sebagai seorang ibu, kuat hati saya mengatakan dia adalah seorang yang sukakan dan sayang budak-budak. Saya tengok dari sifat orang yang penyayang.
Sementara itu, Vida berkata, dia juga tidak memahami maksud sebenar perkataan ‘crush’ iaitu perkataan yang digunakan oleh ‘Abang Bas’ pada video yang dimuat naik.
Saya rasa perkataan ‘crush’ itu sedap disebut tetapi tak tahu maksud. Saya pun tak tahu maksudnya. Biarlah nak kata jahil pun.
Saya selalu dengar Kacak dan Cik B cakap ‘crush’.
Dalam masa yang sama, Vida turut mengucapkan terima kasih kepada peguam yang mewakili pemandu tersebut dan berharap undang-undang dapat menentukan mengenai kes ini.
Terima kasih kepada Datuk Zaharil sebab ambil kes ini dan jamin dia keluar. Semoga perkara ini menjadi iktibar kepada semua.
Apa-apa pun sama-sama kita tunggu perjalanan kes ini macam mana, biar undang-undang yang menentukan.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai tindakan pemandu bas sekolah berkenaan sehingga mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Media kemudian melaporkan, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Simpang Renggam, Johor pada 6 September lalu .
Tidak lama kemudian, pemandu itu telah didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan pada Selasa dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.
Rentetan itu, keluarga ‘Abang Bas’ berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.
Sumber: TikTok Datuk Seri Vida