berita

[VIDEO] David Teo Tegur BCL ‘Hanyut’ After Party – ‘Masih Ada Peluang Untuk Jadi Lebih Baik’

December 7th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

DAVID BCL

Video penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari dan suami, Tiko Aryawardhana didakwa minum minuman keras di premis tempat berlangsungnya majlis resepsi mereka pada malam hari selepas pernikahan 2 Disember lalu kecoh di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Reza Rahadian Cium Pipi & Peluk Erat, Tanda ‘Love Affection’ Dekat Bunga Citra Lestari

Artikel Berkaitan: Netizen ‘Korek’ Tiko Aryawardhana Hutang Nafkah 3 Anak, Tetapi Mas Kahwin BCL RM63,000

Jangan terjerumus dalam keburukan

bcl mabuk

Klip yang dikongsikan semula di TikTok itu turut menarik perhatian penerbit, David Teo, untuk bersuara memberi teguran. Menurut David, tidak salah untuk berhibur namun perlu menjaga batas dan limit terutama yang beragama Islam.

Selain itu, David juga menyatakan masih belum terlambat untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Bersuka ria selepas majlis pernikahan pasti ada sebabnya. Tapi janganlah lalai dengan hiburan yang pasti ada terselitnya keburukan. Masih ada peluang untuk jadi yang lebih baik.

Ingat pilih lagi baik?

bcl party

bcl party 2

Di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pesanan ringkas yang ditujukan kepada Bunga atau lebih mesra disapa BCL. Netizen juga berasa malu kerana David lebih faham tentang agama Islam meskipun bukan orang Muslim.

Terdahulu, BCL dan Tiko selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis yang cukup meriah yang diadakan di Bali Indonesia.

Dalam majlis akad nikah itu, BCL telah menerima mas kahwin bernilai sekitar Rp 212 juta (RM63,000).

Sekadar info, Tiko berkahwin dengan Arina pada 26 Jun 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Manakala, pelantun lagu Cinta Sejati pula bernikah dengan pelakon, Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.

Bagaimanapun, Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×