berita

[VIDEO] Dedah Dibuang Sekolah Semasa Darjah 1, Caprice Nasihat Qistina Raisah – ‘Duit Tanpa Ilmu Boleh Ke Laut’

July 17th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi rap dan penceramah motivasi Caprice menegur pelakon remaja Qistina Raisah yang mengakui dibuang sekolah seawal usia tujuh tahun.

Artikel Berkaitan: Qistina Raisah ‘Sekolahkan’ Netizen, Perjelas Lelaki Berusia Itu Abang Kandung – ‘Kau Lagi Tua Daripada Aku Tapi Otak Macam Bongok’

Artikel Berkaitan: ‘Mak Saya Dah WhatsApp Tapi Dia Tak Balas’ – Qistina Raisah Bersikap Terbuka, Tiada Masalah Jumpa Puteri Balqis

Penting ilmu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Caprice menekankan betapa penting mencari ilmu dalam kehidupan kita. Kata Caprice, 34, duit boleh hilang sekelip mata sekiranya tidak ada ilmu di dada.

Tahniah kepada anak muda kita yang berjaya ada karier di usia muda. Rezeki masing-masing sudah ditulis.

Ilmu lagi penting daripada duit. Korang boleh ada RM100. Dengan ilmu, korang boleh bina sesuatu dan capai RM10,000. Atau korang boleh ada RM1 juta tetapi tak ada ilmu dan hilang semua.

Duit tanpa ilmu boleh ke laut. Ilmu tanpa ada apa-apa boleh bina duit, insya-Allah. So Malaysia, stay go school, study hard dan jaga ibu.

Dalam pada itu, pemilik nama Ariz Ramli menasihati anak muda yang sedang meningkat naik dalam industri seni untuk sedar populariti tidak selamanya kekal di atas.

Saya beritahu adik-adik dalam industri, fame (kemasyhuran) ini macam lilin. Masa ada api, kena buat duit. Satu hari nanti, api lilin akan mati.

Tetapi kalau kita ada ilmu, insya-Allah selamat. Ilmu nombor satu.

Sebelum ini, Qistina memberitahu dia terpaksa ‘melupakan’ alam persekolahan demi melunaskan tugasnya sebagai pelakon. Menurut Qistina, 15, dia mula ‘home school’ sejak berusia tujuh tahun.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×