berita

[VIDEO] Dekat Sekolah Belajar Pasal Haiwan, Sekali Dia Bawa Kucing Betul Pergi Sekolah…

April 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebut sahaja mengenai anak murid zaman sekarang, sudah pasti pelbagai kerenah dan gelagat mereka yang para guru perlu sabar. Betul tak? Seperti satu perkongsian di TikTok ini, seorang guru terkejut apabila anak muridnya membawa seekor kucing ke dalam kelas. Lebih terkejut, kucing ‘comel’ tersebut diletakkan di dalam beg sekolah.

Pengsan cikgu tengok

Menerusi TikTok Isfiefaraulah, dia berkongsi video seorang guru yang membawa sebuah beg berisi seekor kucing ke dalam bilik guru. Kesemua guru yang berada di dalam bilik guru pada waktu tersebut kelihatan sangat terkejut apabila salah seorang daripada anak murid mereka telah membawa haiwan peliharaan ke sekolah.

Menurut guru yang menjumpai haiwan tersebut, kucing peliharan anak muridnya itu sangat besar. Malah, haiwan tersebut juga kelihatan memakai ‘bow tie’ agar kelihatan comel. Bagi mengelakkan proses pembelajaran di dalam kelas terganggu, guru tersebut dipercayai membawa si bulu itu keluar dari bilik darjah dan meletakkannya di dalam sebuah bekas. Guru itu juga kelihatan memberi makanan buat si bulu tersebut.

Dulu kawan bawa burung

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengimbau semula zaman persekolahan mereka. Menurut netizen, pelajar tersebut mungkin belajar mengenai haiwan ketika di sekolah. Mungkin sebab itu, dia membawa kucing peliharaannya pergi ke sekolah juga.

Sumber: Isfiefaraulah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×