Penyampai radio, Fizi Ali menyedari mengenai komen kurang baik yang dilemparkan segelintir netizen yang mengatakan dia ‘beria’ dan tidak matang dalam mengendalikan isu hak penjagaan anaknya, Ameena Sofia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dipelawa Ke Rumah Shakilla, Fizi Ali Tegas Dengan Pendirian – ‘Tidak Akan Berlaku Perbincangan Luar Mahkamah’
Artikel Berkaitan: Isteri Fizi Ali Mengaku Ada Balas Mesej Shakilla Khoriri – ‘Sebab Dia Petik Nama Saya’
Berjuang demi anak
Ketika ditemui OhBulan, Fizi tidak menafikan dia bersikap ‘over’ kerana isu tersebut membabitkan satu-satunya anak tunggalnya bersama bekas isteri iaitu pelakon, Shakilla Khoriri.
Jelasnya, wajar untuk dia bertindak sedemikian memandangkan sudah dua bulan tidak berjumpa dengan Ameena.
Bila orang kata saya ‘over’ itu saya akui, sebab saya memang sangat ‘over’ apabila melibatkan anak.
Jika ada netizen kata saya meroyan, memang saya tengah meroyan sebab saya memang nak berjumpa dengan anak saya, dah 2 bulan tak jumpa.
Kes saya ini juga menunjukkan bahawa ramai lelaki di luar sana yang DM saya beritahu mereka berdepan masalah sama. Jadi ini adalah jalan yang saya boleh kongsikan dengan mereka.
Justeru, demi membuktikan pihak mana yang benar dan salah, pemilik nama lengkap Mohd Hafizudin Alimudin, 37, mengalukan kehadiran orang ramai datang ke mahkamah bagi mendengar sebutan kes hadanah pada 22 Februari depan.
Saya tahu ada netizen yang menyelar dan mengutuk dengan tindakan saya lakukan. Saya tak tujukan kepada semua netizen hanya segelintir. Kepada yang berkata tidak baik itu saya persilakan anda datang ke mahkamah pada 22 Februari nanti dan lihat di sana.
Terdahulu, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai kes tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada bulan lalu.
Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.