Aktres serba boleh, Nabila Huda memilih untuk menyediakan pakaian dan solekan sendiri ketika menjalani penggambaran.
Artikel Berkaitan: Kucing Nabila Huda Mati Akibat Sakit Buah Pinggang – ‘Aoki Dah Tak Ada’
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Terima Ugutan, Didakwa Curi Budaya Indonesia – ‘Saya Akan Culik Anak Awak’
Komitmen Nabila
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi dilihat sedang bersiap di set penggambaran filem Gayong dengan mengenakan pakaian tradisional Melayu.
Menurut Nabila, dia sanggup berbelanja untuk pakaian demi merealisasikan watak yang diberi bagi menjayakan filem tersebut.
A day with Che Som! Ini adalah rutin seharian saya sampailah Disember nanti sebagai Che Som(watak).
Seperti biasa, wardrobe saya custom sendiri untuk keselesaan dan awak semua pun tahu saya sangat teliti bab wardrobe untuk karakter istimewa macam ni.
Ada baju yang ditempah dan match dengan ‘top’ dan kain batik yang dijahit khas.
Saya pun tak kisah nak spend (berbelanja) untuk jadi macam yang saya bayangkan.
Make up artis sendiri
Dalam masa yang sama, aktres 39 tahun itu turut membawa jurusolek peribadinya ke set penggambaran.
Cuma kali ini lagi istimewa sebab saya ada jurusolek peribadi saya sendiri…walaupun tak adalah make up sangat pun.
Nanti kalau ada masa saya akan buat GRWM (get ready with me) untuk pakaian yang lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji komitmen yang diberikan oleh pelakon filem Munafik itu yang dilihat sangat profesional dengan karakter yang diberi.
Sumber: IG Nabila Huda