Memang tidak dapat dinafikan, amalan ilmu sihir bukanlah satu perkara baru dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Malah amalan ini dilihat semakin menjadi keperluan pada masa kini sehingga mereka sanggup ‘bertuhankan’ syaitan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
Seorang pengguna Twitter ada memuatnaik beberapa video yang menunjukkan seorang perempuan sedang menanggung ‘kesakitan’ akibat terkena perbuatan sihir dari seorang lelaki.
Disihir kerana dendam
Cinta ditolak. Bomohkan perempuan guna bomoh siam dan perempuan bertukar jadi tok sami sembayang. Akibat dendam ..balas dengan sihir. pic.twitter.com/puNgf786nW
— R (@g_jaxc) January 13, 2020
Menerusi tweet yang dimuatnaik, memaparkan wanita tersebut yang juga merupakan mangsa sihir itu sedang ‘meracau’ dan dilihat perbuatannya seakan-seakan seperti tok sami yang sedang sembahyang. Tambah individu ini lagi, wanita tersebut telah terkena sihir daripada bomoh siam kerana dendam seorang lelaki. Wanita itu dikatakan telah menolak cinta lelaki berkenaan sehingga membuatkan lelaki itu menyimpan dendam kepadanya sehingga dia nekad melakukan perbuatan terkutuk itu.
Hampir 10 tahun dah kena
Menceritakan kisah itu, individu ini memberitahu lelaki yang menjadi dalang disebalik kejadian ini dikatakan telah melakukan perbuatan sihir itu sejak 10 tahun yang lalu. Mangsa yang terkena sihir ini telah berkahwin dan begitu juga dengan pelaku tersebut.
Ustaz cakap dengan jin
Jangan main main dengan azan ditelinga. Jika ada gangguan sihir dan jin dalam badan ..makan mereka akan melawan.. mereka pantang demgar azan dan juga bau kasturi hitam. Perempuan ini diazankan oleh suaminya dan sedaranya.. disebakan jin hindu dihantar tok sami budda xnk keluar. pic.twitter.com/iQPjSNlZFi
— R (@g_jaxc) January 13, 2020
Ustaz yang merawat wanita itu kemudian berkomunikasi dengan jin dan syaitan yang ada dalam tubuh wanita tersebut dan beberapa nama telah disebut oleh ustaz. Pada ketika ustaz menyebut nama-nama jin dan syaitan seperti Handajali, Aljus, Aljrak, Aljurak dan Amman dilihat jin itu seakan-akan menyahut dan memberi respon terhadap panggilan berkenaan.
Disebabkan jin itu tidak mahu keluar dari tubuh mangsa, suami dan saudara wanita berkenaan dikatakan telah melaungkan azan pada telinganya dan membaca ayat-ayat ruqyah. Pada ketika azan dilaungkan, jin yang berada di dalam tubuh wanita berkenaan dilihat bertindak agresif dan cuba melawan.
Sumber: Twitter