berita

[VIDEO] Dendam Seorang Adik Terhadap Abang Terlerai Dengan Cara Yang Amat Menyayat Hati

August 1st, 2015 | by Ash Nordin
Video Popular

Iklan Raya Petronas

Seorang adik yang benci dengan abangnya sejak dari kecil lagi sehinggakan tidak mahu bersalaman sehingga 3 kali hari raya akhirnya terlerai dengan cara yang amat menyentuh hati.

Tidak sama seperti drama-drama sedih untuk hari raya yang perlu kena ada babak menangis, peluk-peluk kemudian letak background muzik sedih-sedih baru boleh buat penonton menangis. Tapi, iklan raya Petronas kali ini memberikan kelainan dimana secara automatiknya kita akan rasa tersentuh dengan cara babak itu disampaikan.

Apa kata korang sediakan tisu dulu baru tengok video kat bawah ni.

#PETRONASRaya 2015: Sampai Hati

Ternyata lakonan Beto Khusyairy dan Hafidz Roshdi ini betul-betul berkesan, tak perlu gunakan banyak tenaga untuk menangis, berpelukan bagai. Hanya lafaz “minta maaf” saja airmata kitaorang ni dah mula berkaca, walaupun jalan cerita yang agak klise, namun impak yang diberikan itu mendalam!

Memang terbaiklah iklan arahan Rewan Ishak ini, amat berbaloi dan sangat berkualiti walaupun ditayangkan lewat sedikit lepas raya. Haih, siapa pulak pergi potong bawang ni. Sob sob sob!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×