Hasrat untuk pulang ke rumah tidak kesampaian apabila dua daripada enam pelajar maut disambar petir ketika berteduh setelah tamat waktu persekolahan.
Maut disambar petir
Memetik laporan Tribunews, seramai enam pelajar sekolah dari SMP Negeri 2 Bumiayu, Brebes Jawa Tengah Indonesia dikatakan sedang berteduh di pintu gerbang sekolah disebabkan cuaca yang hujan lebat.
Hujan turun dan ketika mangsa tiba di luar pagar sekolah, mereka disambar petir.
Namun tiba-tiba mereka berenam telah disambar petir sehingga mengakibatkan dua daripada mangsa iaitu Ade Darmawan dan M. Fakhri Aziz meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala empat lagi dikejarkan ke hospital akibat melecur.
Menurut Ketua Dinas Pendidikan Belia dan Sukan (Dindikpora) Kabupaten Brebes iaitu Caridah, segala kos perubatan kesemua mangsa akan ditanggung oleh pihak kerajaan.
Difahamkan, keempat-empat mangsa masih menerima rawatan pemulihan kesihatan dan trauma.
Video
Sumber: Tribunnews, Youtube Radar Tegal TV