berita

[VIDEO] Detik Cemas Feri Terbalik Sebelum Karam, Penumpang Menjerit Minta Tolong

February 22nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebuah feri dipercayai telah terbalik sebelum karam di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia. Insiden cemas yang berlaku pada Sabtu lalu dikatakan berpunca kerana feri tersebut hilang keseimbangan.

Feri hilang keseimbangan

Memetik laporan daripada CNB Indonesia, seramai 72 orang penumpang, 15 kru dan terdapat 11 buah kenderaan yang memuatkan pasir dan batu giling berada dalam feri tersebut. Difahamkan, kejadian itu berlaku semasa feri sedang berlabuh dan ketika itu para penumpang dikatakan hanya berdiri di satu sisi sahaja.

Susulan daripada itu, feri tersebut telah hilang keseimbangan serta tali yang digunakan untuk berlabuh terputus sehingga membuatkan feri itu terbalik sebelum karam. Walaupun begitu, tiada mangsa korban dilaporkan dan hanya beberapa orang sahaja mengalami kecederaan ringgan.

Feri terbalik sebelum tenggelam

Detik cemas

Sumber: CNB Indonesia, Bartbhrdn

SKIP THIS AD ×