![]()
Malang tidak berbau, satu keluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta lain sehingga menyebabkan mereka terpelanting keluar. Kemalangan yang didakwa berlaku di lebuhraya Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang itu dikongsi di media sosial dan mendapat perhatian ramai.
Dalam video tersebut turut menyaksikan dua kanak-kanak yang tercampak keluar dari kereta semasa perlanggaran berlaku.
Sealt belt itu penting
I dapat video ni kt whatsapp. Kalau ada adik adik kecik yang follow i kat sini, i nak bagitau seat belt tu penting ya even you duduk belakang ya? pic.twitter.com/EEHObjV4oR
— Kak Ojie Jual CikMak 🍉 (@OwToTheZie) November 17, 2019
![]()
Kemalangan itu berpunca selepas tayar kereta Proton Waja itu tiba-tiba sahaja meletup dan terus menghimpit kereta Honda City ke bahu jalan. Semasa perlanggaran berlaku, dua orang kanak-kanak tercampak keluar dari kereta Honda City berkenaan. Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kanak-kanak tersebut dilihat mampu berdiri selepas itu dan dipeluk ibu dan akaknya.
Nasib baik semua selamat
![]()
![]()
Alhamdulillah mujur semua selamat
![]()
Sedih tengok mak dia peluk anak-anak dia
![]()
Sumber: Penang Kini, Kak Ogy








