Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah, Pegasus Airlines telah tergelincir daripada landasan yang basah semasa membuat pendaratan di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen, Istanbul. Apa yang lebih mengerikan apabila pesawat ini dikatakan terbelah kepada tiga bahagian akibat pendaratan secara mengejut.
Landasan basah dan licin
A CCTV camera captured the moment a Pegasus Airline plane landed at Istanbul’s Sabiha Gokcen airport and skidded off the runway, injuring more than 100 people https://t.co/DwYYQ8ObbP pic.twitter.com/ylss5A6ZLK
— Reuters (@Reuters) February 6, 2020
At least one dead, over 150 injured after plane skids off runway in #Istanbul pic.twitter.com/tdGEGhIPRu
— Ruptly (@Ruptly) February 6, 2020
Menerusi rakaman yang dimuatnaik di media sosial, memaparkan pesawat Boeing 737-86J sedang melakukan pendaratan di landasan itu pada kelajuan yang tinggi sebelum penumpangnya dikeluarkan. Tetapi malangnya, tidak sempat berbuat demikian, pesawat ini telah tergelincir disebabkan cuaca buruk yang melanda kawasan tersebut sehingga mengakibatkan bahagian badan serta ekor pesawat berkenaan telah terputus.
Pihak bomba selamatkan penumpang
Sebaik sahaja pihak bomba tiba di lokasi kejadian, mereka segera memadamkan api pada badan pesawat yang terbakar. Mereka kemudian bertindak mengeluarkan penumpang dari dalam pesawat berkenaan dan meletakkan mereka yang tercedera di atas pengusung untuk mendapatkan rawatan.
3 maut, 179 cedera
Plane skids off runway and breaks into three pieces at Istanbul's Sabiha Gokcen airport — no reported fatalities https://t.co/GMW8fGMYcK pic.twitter.com/Oq8sTUJgUi
— BBC News (World) (@BBCWorld) February 5, 2020
Menerusi laporan BBC, pesawat yang membawa 177 penumpang dan enam orang anak kapal dari wilayah barat Izmir. Mereka yang berada dalam pesawat terus menyelamatkan diri menerusi badan pesawat yang pecah. Menurut Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya berkata, pesawat tersebut tidak dapat dikendalikan berikutan dengan landasan yang basah dan licin.
Pesawat itu tidak dapat bertahan di atas landasan berikutan keadaan cuaca yang buruk dan tergelincir kira-kira 50 hingga 60 meter.
Tambahnya lagi, seramai 179 orang penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan kini sedang dirawat di hospital berdekatan. Sementara itu 3 daripada 183 orang penumpang disahkan meninggal dunia di hospital akibat mengalami kecederaan parah.
Media tempatan turut melaporkan lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup dan kesemua penerbangan dipindahkan ke lapangan terbang utama Istanbul.
Sumber: Daily Mail, Reuters, BBC, Ruptly