berita

[VIDEO] Dewan Majlis Tengah Terbakar, Lelaki Ini Rilek Je Teruskan Makan

December 1st, 2021 | by Iman
Kini Trending

Macam tiada apa-apa yang berlaku, dua orang lelaki tetap menjamu selera walaupun dewan majlis di bahagian belakang mereka ketika itu sedang marak dijilat api!

Kebakaran di dewan majlis

Menurut laporan, News 18, kebakaran tersebut berlaku di sebuah Dewan Kahwin Ansari di Bhiwandi Thane, pada malam Ahad yang lepas. Walau bagaimanapun, di dalam video terbabit dua lelaki berkenaan kelihatan seronok menjamu selera serta berbual seolah-olah tiada apa yang telah berlaku.

Kebakaran terbabit dipercayai berpunca daripada bilik stor dewan kahwin tersebut sekali gus telah memusnahkan kesemua kerusi dan juga dekorasi yang tersimpan di dalam stor berkenaan. Bukan itu sahaja, sekurang-kurangnya enam buah kenderaan beroda dua yang diletakkan berhampiran dewan itu turut hangus.

Kebakaran tersebut berjaya dikawal pada jam 11 malam selepas ketibaan tiga jentera di lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan kira-kira jam 10 malam.Walaupun punca kebakaran masih belum dapat diketahui, namun, tiada kemalangan jiwa yang terlibat.

Video penuh:

Sumber: News 18

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×