Dunia ini bukan saja dihuni oleh manusia tetapi turut dihuni oleh makhluk lain yang kadangkala kita tidak nampak dengan mata kasar tetapi kehadiran ‘mereka’ juga boleh dirasai.
Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Haiza Dieyopsens menerusi Kelab Cerita Hantu Malaysia yang menceritakan pengalamannya apabila melihat buaian di taman permainan ‘dibuai’ dengan sendirinya. Lebih menyeramkan ketika itu tiada kelibat seorang manusia pun.
Buaian bergerak sendiri
Video: Haiza Dieyopsens (Kelab Cerita Hantu Malaysia)
Video ni bukan nak menakut-nakutkan orang ya. Ni jadi kelmarin la, waktu nak dekat asar. Time balik dari beli barang. Mata ni terpaku dengan sesuatu benda yang sangat pelik bagi aku, bila nak berhenti , bila la nak berhenti , tak puas duduk usya dari dalam kereta, aku turun usya lagi, tak puas lagi aku pergi dekat terus ha. Hambek, hari ini demam.
Sejak aku cerita kisah seram, sejak aku tengok paranormal. Aku baca kisah kawan-kawan aku. Dengar kawan-kawan aku cerita apa yang pernah jadi. Dan tengok benda viral yang menyeramkan. Tak sangka pulak la dia nak tegur aku. Aku tak puas hati, nak check betul ke mata aku ni? Betul ke takda orang? Yeah, tak ada orang. Lagi aku ke depan. Lagi seram sejuk aku dibuatnya. Harini demam pulak aku. Semalam mimpi kena kejar tu la pergi rakam dekat dia buat apo, kan cari penyakit.
Sampai demam
Video: Haiza Dieyopsens (Kelab Cerita Hantu Malaysia)
Aku seolah-olah dipukau oleh buai ni dan tergerak hati nak pergi sapa/hentikan buai tu Tapi nasib la ada hakak ni datang menyapa aku “Dari mana?”. Kalau tak memang aku pergi hentikan buai tu. Nak percaya silakan . Tak nak percaya pun tiada paksaan, pendapat masing-masing. Aku dari dalam kereta lagi usya buai tu, laju tidak, slow tidak. Macam tu je la. Aish, waktu ni tak silap aku lagi 15 minit nak asar.
Lepas je kakak tu tegur aku, aku nak naik tangga terus tengok berhenti macam tu je, macam yang buai dekat sebelah dia tu. Aish, dah la tengah pregnent, memang aku kena bising dengan laki aku time tu. Sebab berani-berani pergi dekat bagai. Aku nak menulis cerita pun dia suruh aku stop. Tapi nak buat macam mana, aku minat but ilmu tak ada. Okay, dah. Baru kebah demam ni ? nak menulis ni pun aku puas pujuk laki aku. Janji jangan kacau tempat dia.
Edit : video dari jauh tu, first video aku rakam. Sebab nak bagi husband aku. Yang dekat tu video kedua lepas aku ke depan. Time ni ada kakak tu nak turun buang sampah kot. Baru aku tersedar yang depan mata aku tu buai bergerak sendiri ? copet-copet la aku naik masuk umah, sekuat hati bagi salam, baca 3kul dengan ayat qursi.
Pengalaman netizen
Dia duduk bertinggung