Jumaat lalu negara dikejutkan dengan kes kemalangan maut yang melibatkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berlaku di Ipoh, Perak.
Terbaru, bapa mangsa iaitu Muhd Zamrie Zainal Abidin meluahkan rasa tidak puas hati dan berang terhadap suspek yang merupakan pegawai kanan polis.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Dia Salah Masukkan Dalam Lokap, Jumpa Mak Ayah Saya’ – Kakak Calon SPM Maut Dilanggar
Artikel Berkaitan: Kes Kematian Pelajar Calon SPM, Saksi Dakwa Suspek Langgar Dari Belakang – ‘Dua Tayar Kanan Lenyek Badan Mangsa’
Mengharapkan keadilan
Memetik laporan Buletin TV3, bapa mangsa dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kembali detik hitam yang berlaku terhadap anaknya.
Muhd Zamrie berkongsi perkara tersebut kepada Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan dan para pegawai ketika menerima kunjungan mereka di kediamannya.
Dia boleh undur kereta dan tengok tapi wajahnya tiada reaksi. Dia buat cerita brek tak makan, dia buat cerita orang nak pukul dia sedangkan saya sendiri berkata kepadanya ‘jangan usik dia (mangsa)’. Apabila dia nampak anak saya yang jururawat itu datang dia terus pergi dari situ.
Anak saya merintih 40 minit. Anak saya masih beruniform sekolah, atas dasar motosikal bising jadi nak langgar anak saya sampai mati?
Dalam pada itu, Zamrie juga berharap agar arwah anaknya mendapat pembelaan yang adil supaya perkara yang sama tidak berlaku kepada remaja lain.
Hari ini dia bunuh anak saya, esok lusa anak orang lain pula. Anak saya dah tak kembali, tapi saya tak nak perkara ini jadi kepada anak-anak yang baru meningkat naik.
Anak saya bukan rempit, anak saya tak pernah merempit. Dia cuma buat bising sahaja.
Terdahulu, tular beberapa video memaparkan kejadian kemalangan tersebut sehinggakan menjadi perhatian wargamaya di media sosial.
Dalam kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zaharif Affendi maut ditempat kejadian manakala suspek yang merupakan pegawai polis dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dalam perkembangan lain, suspek yang berusia 44 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
@buletintv3 “Anak saya bukan rempit! Anak saya tak pernah merempit!.. Anak saya cuma buat hal bising sahaja..” – Ayah Zaharif #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #PolisLanggarPelajar #KemalanganMaut
Sumber: Buletin TV3