Umum mengetahui, konflik rumah tangga pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle sehingga kini masih belum selesai.
Bukan itu sahaja, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini menetapkan 30 Mei ini bagi sebutan semula inter-parte (kedua-dua pihak) pelakon Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil berhubung hak penjagaan sementara (hadanah) dua anak mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Artikel berkaitan: 30 Mei Sebutan Semula Kes Hadanah Interim Diana Danielle, Farid Kamil
Artikel berkaitan: Diana Danielle Dakwa Bilik Tidak Sesuai Untuk Anak, Farid Kamil Jawab…
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Gembira Dapat Bertemu Isteri Hari Ini’ – Farid Kamil Tak Pernah Berhenti Berusaha Selamatkan Rumah Tangga
Artikel berkaitan: [VIDEO] Diana Danielle Mahu Selesai Hak Penjagaan Anak Secara Baik, Isu Balik Raya Di Kedah Akan Dibincangkan
Di Tiktok, viral semula sebuah video pendek yang memaparkan sesi temu bual pihak media bersama pasangan tersebut selepas akad nikah pada tahun 2012.
Buat saya bahagia
Menerusi rakaman video berdurasi 0:49 saat itu, Diana menyifatkan Farid seorang lelaki yang memahami, kelakar dan membuat dirinya bahagia.
Dia sangat penyabar, memahami, kelakar, dan dia buat saya sangat bahagia. Dia juga banyak mengajar saya tentang kesabaran, serta memberi sokongan emosi dan mental sepanjang kami berkawan.
Di samping itu, Farid dilihat tidak lepas merenung wajah isterinya sepanjang video itu dirakam. Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sayu atas apa yang berlaku terhadap rumah tangga pasangan ini. Rata-rata netizen tidak menyangka hubungan yang terjalin selama 11 tahun itu sedang dilanda badai meskipun Farid mengakui masih ada harapan untuk diperbaiki.
Video
@lialia8_ Throwback pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle lebih kurang 10 tahun yang lalu, semoga semua baik baik bagi korang berdua #faridkamil #dianadanielle #throwback #astroawani
Sumber: Lialia